
Bond atau bon adalah pelaburan hutang dimana pelabur melaburkan wangnya kepada penerbit hutang iatu kerajaan, badan kerajaan mahupun syarikat.
Apabila anda melabur ke dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjaman wang kepada penerbit bon. Manakala penerbit pula bertindak sebagai peminjam dengan membeli bon tersebut. Seterusnya, penerbit bon akan membayar faedah tetap kepada anda bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila matang.
Contohnya, sebuah syarikat memerlukan sejumlah wang yang amat besar untuk sesuatu projek dan cara yang paling mudah untuk mendapatkan dana tersebut adalah dengan meminjam wang. Syarikat-syarikat besar (malah kerajaan) perlu meminjam dana untuk membiayai projek tersebut tetapi jumlah dana yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada apa yang boleh dipinjamkan bank. Maka cara yang paling sesuai untuk mendapatkan dana adalah dengan menerbitkan bon kepada orang ramai (pelabur).
Pelabur akan meminjamkan wang kepada syarikat-syarikat atau kerajaan ini dengan membeli bon yang diterbitkan. Selepas tempoh tertentu, syarikat akan membayar balik jumlah yang dipinjam. Sementara menunggu tempoh matang, syarikat akan membayar faedah kepada anda secara berkala dengan kadar faedah yang ditetapkan. Ini juga dikenali sebagai kupon.
CONTOH BOND - BOND YANG ADA DI LUAR NEGARA
Bon digunakan secara meluas di Malaysia oleh kerajaan mahupun pelbagai syarikat untuk mengumpulkan dana bagi pelbagai pembangunan mahupun projek yang mahu dijalankan.
Sesetengah bon korporat (dalam bentuk saham pinjaman) di Malaysia tersenarai di Bursa Malaysia. Namun kebanyakan instrumen adalah diterbitkan secara tawaran persendirian (“private placement”) dan didagangkan secara atas kaunter atau “over-the-counter”. Memandangan bon-bon ini diterbitkan tanpa prospektus, ia hanya boleh diterbitkan atau diberikan kepada sejumlah pelabur yang terhad seperti yang dinyatakan dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Sebagai contoh, bon-bon ini hanya boleh ditawarkan kepada pelabur individu dengan nilai bersih RM3 juta dan ke atas.
No comments:
Post a Comment