About Me

My photo
SHAH ALAM, Kuala Lumpur, Malaysia
MOHAMAD SHAKIR ZUFAYRI - “An investment in knowledge pays the best interest.”

Monday, 28 October 2019

BILA SUASANA YANG BURUK BERLAKU MAKA SAFE HEAVEN ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK !


Kerap kita dengar perkataan Safe Haven di portal portal berita ekonomi. Namun, kita sekadar mengangguk sahaja kerana kurang faham dengan ‘finance jargon’.
Safe haven merupakan pelaburan yang dijangka akan lebih bernilai sewaktu berlaku masalah dalam pasaran. Safe haven bertujuan untuk memastikan pelabur mengehadkan exposure mereka kepada risiko rugi di waktu pasaran tidak stabil.
Bayangkan sudah tahu market tidak stabil, bagaimana mahu keluar daripada risiko pasaran?
Safe Haven adalah jawapan yang paling relevan sebagai protection dari market downswings. Setakat ini dikenalpasti beberapa instrument dari komoditi, currency dan saham boleh diklassfikasikan sebagai safe haven.


Ini merupakan instrument untuk safe haven.
 Emas (GOLD)

Berkurun lamanya kita sudah mengetahui emas merupakan instrument menyimpan nilai dalam bentuk fizikal. Emas tidak seperti fiat money yang dicetak dan sama sekali tidak terkena direct impact apabila interest rate berubah atau mana mana keputusan melibatkan polisi kerajaan. Ada orang memanggil emas dengan terma ‘insurance’ apabila dunia mengalami kegawatan.
Sebab itulah, setiap kali berlaku ketidakstabilan geopolitik atau krisis ekonomi, harga emas akan meningkat dek kerana para pelabur akan mengalihkan tumpuan mereka terhadap emas.
Menurut intermarket analysis, Gold dan USD bersifat opposite antara satu sama lain. Jika USD naik, selalunya Gold akan menurun harganya
Treasury Bills (T-Bills)

Selain emas, T-bills merupakan pilihan pelabur dalam keadaan pasaran tidak stabil. T-bill merupakan sekuriti yang dikeluarkan oleh kerajaan US dan boleh dikatakan risk free.
Defensive Stock
Saham berbentuk defensive seperti sektor utiliti, kesihatan, bio-tech dan consumer good kebiasaannya akan bagus prestasinya . Bayangkan seteruk apa pun keadaan, pengguna masih akan mencari barangan keperluan dan apa apa melibatkan kesihatan. Jadi, sektor sebegini akan kalis dari sebarang masalah ekonomi.
Sebenarnya matawang pun ada juga yang menjadi safe haven iaitu Swiss Franc dan beberapa lagi tetapi 3 instrument di atas pun sudah memadai berdasarkan populariti dan prestasi setiap satunya.
Semoga anda sudah faham apa yang dimaksudkan dengan safe haven dan kenapa harga instrument di atas meningkat naik sewaktu dunia mengalami sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment